Kuasa
Mahal kah ia?
Besar kah ia?
Hebat kah ia?
Kuasa
Manusia masa kini mengejarnya
Tak tercicir satu sedikit pun
Walau pantas seakan kuda berlari
Masih melekat di celahan jari
Kuasa
Manusia bermusuhan sesama sendiri
Tidak peduli apa yang terjadi
Kerna tamak kuasa menakluki hati
Sehingga mereka lupa diri
Kuasa
Jangan kau terpedaya dengannya
Kerna dunia ini bukan kau yang punya
Kerna kuasa itu kau kan teraniaya
Kerna ia bakal menyusur mu ke lembah hina
Kuasa
Jadikan dirimu seakan raksasa
Yang kecil menjadi mangsa
Yang kecil kau menyiksa
Jangan biarkan kelak dirimu kan binasa.
Kuasa
Mati kah kita jika tanpa kuasa?
Miskin kah kita jika tanpa kuasa?
Di hina kah kita jika tanpa kuasa?
Untuk apa ada kuasa?
Jangan kau biarkan kau hilang diri
Hanya kerana kuasa.
Penulis: Didi A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan