Sinopsis:
Ahmad Safuan miskin. Akibat kemiskinannya maka beliau menggelarkan dirinya sendiri pengemis. Dalam pada itu, Ahmad berusaha keras untuk menyembuhkan emaknya yang diserang penyakit Alzeihmer. Penyakit orang tua. Usaha keras ini dilakukan dalam empat terusan. Empat terusan ini digelar Ahmad sebagai: Aku ada empat kehidupan; dan, campur satu ─ mati. Apa macam? Setuju? Baik! Semuanya bermula kerana sebab terpaksa. Bukan kerana aku suka-suka nak jadi. Tetapi terpaksa. Terpaksa lalui semua keempat-empat kehidupan ini; dan, tetap campur satu sekali lagi ─ mati. Hidup aku selalu praktikal macam mesin, macam enjin remp-it. Dan, kesemuanya kerana nak mengubatkan penyakit mak aku. Berjayakah Ahmad menyelamatkan emaknya?
---
Jutaan Terima Kasih juga saya ucapkan pada sekalian ahli produksi Aura Creative Production team yang telah bersama-sama berhempas pulas membantu untuk menjayakan teater 'Monolog Impian Pengemis'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan