Ahad, 27 Jun 2010

Kematian

Apabila matinya seorang menteri,
Dia dipuji-seorang yang banyak berjasa, dihormati rakan dan lawan,
Diberi pangkat pada pangkal nama,
Dikunjungi manusia setiap lapisan,

Apabila matinya seorang wakil rakyat,
Masyarakat berdukacita hilangnya wakil mereka,
SPR pening memikirkan tarikh pilihanraya,
Yang lain menunggu adakah peluang menjadi penggantinya,

Apabila matinya seorang ahli hiburan,
Media memaparkan kisah kehidupan,
Hilangnya sebutir permata berharga itu yang didakwa,
Seolah-olah hilangnya mereka terencat kehidupan manusia,

Apabila matinya seorang remaja,
Ditembak di kepala semasa memandu kereta,
Yang dikesali tuduhan entah apa-apa,
Harap akan ada pembelaan dan keadilan ke atas dia dan keluarga,

Apabila matinya seorang ulama,
Dihormati manusia bahkan malaikat jua,
Itulah tanda dunia hampir hujung usia,
Semoga penggantinya akan ada,

Aku akan menemui kematian, kalian juga mesti,
Entah bagaimana keadaan kita bila mati nanti,
Yang pasti kita akan menemui Allahu Rabbi.


Amin Ya Rob'bal Alamin...


Hasil Karya: Didi A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan