Khamis, 8 Julai 2010

Realiti Cinta Dan Seks

Dalam kelam kabut menyusuri jalan indah
Tergerak hati untuk berhenti seketika
Memikirkan apakah ada di hujung sana?
Nampak bagaikan istana di syurga walhal hanya fatamorgana.

Mimpi mimpi semalam masih menyelubungi sanubari
Aku hanya mampu berlari
Mimpi mimpi gelap itu membuat aku lupakan diri
Aku hanya mampu berlari
Mimpi mimpi semua itu membuat aku jadi begini.

Zat dan darah sebati bersama daging
Tulang dan kudrat masih mampu bertahan
Isi dan kulit belum lemah untuk terluka
Hati yang kosong hanya perlukan panduan.

Hampir mati
Tapi masih mampu untuk menderhakai diri
Biarpun ditusuk besi panas yang tajam
Masih gagah untuk berdiri

Sungguh celaka sebegitu rupa
Syaitan yang berapi pun mungkin akan rebah
Inikan si hina yang asalnya dari tanah
Belum puas mencipta dosa pada usia akhir

Darah daging di jadikan jualan di pasaran
Untuk si anjing yang sudah kurap dan jijik
Bukan drama atau filem dunia
Realiti cinta dan seks membukti segalanya.

Hasil Karya: Didi A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan