Khamis, 17 Jun 2010

Hancur

subuh kian menjelang, bulan mahu pulang,

pergi juga bintang, pasti kembali datang,

wahai bangsa ku, kemana menghilang,

bukankah dulu, kita terbilang.


hati kosong penuh debu,

perasaan dengki masih terbuku,

fikiran sempit lagi keliru,

sampai bilakah ia akan berlalu?


yang berkuasa berlidah kedut,

yang tak berkuasa bagaikan badut,

fikirlah dulu sebelum mengikut,

apakah ini hanya mengarut?



Hasil Karya: Didi A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan