Ahad, 27 Jun 2010

Hari Hari Terakhirku

Ku katakan pada kawanku,
jikalau aku mati esok,
datangkah engkau menziarahi aku ?,
percayalah bahawa mayat itu adalah aku.

Ku tinggalkan pakaianku,
ku tinggalkan kenanganku,
ku tinggalkan keluargaku,
ku tinggalkan rumahku.

Aku pokok, dan ini akarku,
aku laut, dan ini ombakku,
aku burung, dan ini sangkarku,
aku roh, dan ini jasadku.

Kadang kadang aku bercakap,
kadang kadang aku terdiam,
kadang kadang aku bergelak ketawa,
kadang kadang aku menangis pilu.

Waktu berputaran kian terhenti,
perjalanan ku ke sana mula dirasai,
bagai bulan dan matahari,
menghadap Dia yang dirahmati,

Tak usah takut pada mati,
mati itu dihadapan kita,
kehidupan ini umpama mimpi,
datangnya kita daripada-Nya.

Amin Ya Rob'bal Alamin...


Hasil Karya: Didi A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan