Aku yang masih berdiri disini
kian terkulai sepi
Aku yang masih berdiri disini
hanya menunggu saat mati
Aku tak petah berbicara
dengan nada tinggi penuh irama
Aku tak petah berbicara
dengan kata kata yang bakal dipuji
Aku bukan sehebat ahli politik
adakalanya bermakna dan adakalanya dusta
Aku bukan sehebat penghibur
adakalanya dikagumi dan adakalanya dicaci
Aku pernah berkata kata bohong
tapi bohong untuk membela diri
Aku pernah dicaci maki
tapi dicaci maki untuk kesedaran diri
Aku juga selalu rasa tersisih
mungkin kerana kelihatan terlalu lemah
Aku juga selalu dipermainkan oleh sesetengah orang
mungkin kerana aku tak layak dihormati
Aku tak suka menjadikan semua ini adalah satu alasan
sebab inilah kehidupan
Aku tak suka menghukum orang orang itu serta merta
sebab esok adalah kematian
Aku adalah siapa diri aku
hanya diri aku yang tahu siapa aku
Aku adalah roh dan jasad
hanya roh dan jasad itu adalah aku
Aku dan hari hari yang berlalu
kini menjadi suatu kenangan
Aku dan hari hari yang mendatang
kini menjadi suatu harapan
Aku tak sanggup lagi hadapi ini
mampukah aku akhiri semuanya?
Aku mahu mati sahaja
mampukah aku hapuskan dosa dosa aku?
Aku punyai darah merah yang mengalir
begitu juga kamu
Aku punyai ranting ranting urat
begitu juga kamu
Aku seorang yang akan keseorangan
hanya bersama di dunia sahaja
Aku seorang yang akan keseorangan
hanya bersama waktu gembira sahaja
Aku sudah letih dengan ini
letih ini telah melumpuhkan langkah aku
Aku sudah insaf dengan ini
insaf ini bakal membawa aku ke jalan-Nya
Aku hanya mampu berdoa
dengan doa ini ampunkan aku
Aku hanya mampu berserah
dengan keserahan ini terimalah aku
Aku yang penuh dosa
Aku yang mencipta dosa
Aku yang mencari dosa
Aku yang berdosa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan