Tangisan pertama membingitkan telinga
Darah baru mengalir segar
Tulang sejuk masih rapuh.
Dua tahun sudah berlalu
Merangkak berjalan di depan ibu
Tersenyum gembira melihat dirimu
Tersirat perit dan juga pilu.
Pandai bejalan pandai berlari
Mahukan itu mahukan ini
Susah atau senang boleh diberi
Kerana anak permata hati.
Kian membesar kian menghilang
Siang keluar malam pulang
Ibu di rumah hati tak senang
Memikirkan dirimu yang seorang.
Arwah bapa terkubur di pusara
Tapi dirimu gembira bermesra
Doa padanya belum dipinta
Lupakah dirimu pada dirinya?.
Usia dirimu sudah dihujung dunia
Dirimu sudah mencipta keluarga
Aman damai hidup bersama
Pewaris derhaka suatu masa.
Aku yang melihat
Aku yang merasa
Aku yang mendengar
Aku yang bercakap
Aku yang menderhaka
Aku yang berlumur dosa
Hasil Karya: Didi A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan