Ahad, 2 Januari 2011

The story of House of Vampires

Cerita ini mengisahkan tentang Iver Rixx yang dilahirkan di Sun Island pada 19 September 1909. Beliau merupakan pemuzik dan penulis lagu. Beliau juga merupakan kembar kepada Iker Rixx dan Matt Rixx. Beliau lebih dikenali sebagai penyanyi dalam kumpulan muzik yang dibentuk bersama kembarnya yang lain iaitu House of Vampires (HOV). Karier mereka sebagai pemuzik bermula semasa ketiga-tiga mereka belajar dia di Elizabeth II College dan bergerak secara lebih serius apabila mereka berhijrah ke England. Pada awal kemunculan mereka, House of Vampires menjadi salah satu kumpulan metal yang paling berjaya.

Semasa usia remaja, Iver sangat mengemari sukan besball dan mempunyai pasukan sendiri yang diberi nama ‘Black Cat No White’ merujuk pada dirinya yang membela banyak kucing yang berwarna hitam. Beliau sering menjelajah bersama pasukannya ke serata bandar-bandar kecil untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Beliau juga pernah menyuruh bapanya, Jamie Rixx untuk membuka sebuah kedai peralatan besball tetapi tidak diendahkan.

Pada 1934, Iver telah berkahwin dengan bintang rock Portugal, Nunu Alexandria. Sepanjang tempoh mereka bersama, mereka tidak mempunyai anak dan disebabkan tekanan dari komitmen masing-masing, mereka disahkan bercerai pada 1936 dan sekitar tahun 1938, Iver bertemu jodohnya dengan Anna Charles, mereka dikurniakan dua anak, Kyle Rixx dan Minn Rixx.

Iver Rixx mempunyai peranan yang agak besar dalam House of Vampires. Beliau berperanan sebagai penyanyi, gitaris, pemain keyboard, penulis lagu dan komposer. Selepas 11 tahun kemunculan mereka, House of Vampires telah menampilkan album pertama mereka berjudul ‘The Ocean Pyramid’ yang mengandungi beberapa track lagu yang popular seperti ‘Nothing Human’, ‘Ready To Riot’, ‘Buy Money To Buy’, ‘Outside Galaxy’ dan lain-lain lagi. Semasa persembahan, Iver selalu menyanyi dan bermain gitar dan dibantu bersama Iker Rixx di posisi gitar bass dan Matt Rixx di posisi drum. Pada masa itu Iker kurang terpengaruh dengan muzik electronik sehingga pada 1950, beliau sendiri mencuba untuk menambah unsur electro dalam House of Vampires dengan bermain instrumen keyboard.

Diluar House of Vampires, Iver juga bergerak secara solo dan pernah mengeluarkan album sendiri berjudul ‘Revolution’. Lagu-lagu didalam album tersebut ditulis oleh penulis lagu seperti Oliver Six, Mark Phils, Frank Viinne dan dirinya sendiri. Kemunculan album solo Iver Rixx kurang mendapat sambutan dari peminat kerana kebanyakkan peminat Iver Rixx lebih gemar beliau bersama House of Vampires dari bergerak secara solo.

Iver Rixx meninggal dunia di Howard Albert Hospital pada 22 Disember 1961 akibat sesak nafas yang melampau semasa beliau menyanyikan lagu ‘Forget Me Forever’ bersama House of Vampires pada persembahan secara langsung di Luke Jexl Concert, Amsterdam. Berikutan itu, saudaranya Iker Rixx dan Matt Rixx terpaksa bersara untuk sementara waktu bagi memberi penghormatan pada mendiang Iver.

Walaubagaimanapun, House of Vampires masih lagi bergerak secara tidak langsung jika ada penyanyi lain mahu mengambil alih posisi mendiang Iver.

Terkini, nama House of Vampires diketahui telah diguna pakai kembali oleh sebuah kumpulan muzik dari North Mexico dengan mengubahnya dan muncul sebagai House of Vampires II.

Penulis: Didi A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan